I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 30 May 2011

Juara B Papar 29/mei/2011 (edisi ke-2)

Ayam biasa2 ja,cuma nasib Neslo ni ja yang selalu bertuah.. Nak buat baka pas ni harap2 anaknya dapat warna bulu mcm ini juga.. Amin.....

Friday 20 May 2011

BATIK SABAH

Persediaan yang singkat!!!Mampu ka Batik Sabah ini mancabar ayam2 lain dalam kategori ATL d pertandingan serama 29 mei 2011 ini di Papar..

Thursday 12 May 2011

PEMBAKA UTAMA

Ayam ini berasal dr reban Cj yg sy ambil sewaktu anakA dan seperti betina namun bila memasuki umur anakB teserlah kejantanannya..Aym ini belum ada nama lg,Beberapa hari lalu telah menjadi bapa kapada 6 ekor anak anakya... TQ Cj berikan aym yg sangat berkualiti..

Monday 9 May 2011

BAKA SIAPA?

Ayam remaja ini sy tdk tahu asal usulnya antara ayam dari baka Cikgu Jai atau anak kepada Neslo, masa tu terlalu banyak anak ayam..Apapun ayam ni sekarang mula tunjuk perangai di atas meja.

Friday 6 May 2011

NESLO

Juara serama B Papar 2011 edisi ke 2 (29mei2011)
Juara serama B Papar2011
Juara remaja B'fort 2010
Ayam ini dr reban cikgu wan tuaran.Sy perolehinya semasa anak B lg.Mempunyai bulu yang kemas dan warna yang amat unik.Harap akan menjadi juara di pertandingan akan datang.Saya memberikannya 3bintang.

PODIUM

PODIUM- Inilah podium ayam kesayangan saya dan ayam yang telah menaikkan nama saya di arena serama Sabah.Beratnya hanya 280gram ketika gambar ini di ambil.Ciri ciri ayam ini mempunyai bulu yang kemas dan warna yg cantik.Jenis ayam lawan meja dan tidak perna mengecewakan dalam pertandingan.Semasa ianya remaja perna mendapat tempat ke-3 dalam kategori muda..1kali juara muda dan 4 kali juara A. BOTB PAPAR 2005.. Sy memberikan namanya podium kerana ianya sang juara..hehehe...Saya memberikannya 5bintang..   Podium cucu kepada Sanggang.

PEGUN 2

PEGUN 2- Ayam ini adalah hasil dari reban sendiri,namanya sama seperti bapanya kerna mempunyai gaya dan bulu yg serupa.. Kelemahan ayam ini cuma pada balung sahaja.Kelebihan ayam ini adalah dari gaya jalannya seperti askar.Sentiasa lempar sayap dan kuat mengebas di atas meja,Juga mempunyai dada yg cantik...Ayam ini telah banyak kali menjadi juara dan naib juara namun tdk perna memenangi BOTB..Saya memberikan ayam ini 4bintang sahaja.. Pegun cucu kepada Sanggang

Monday 2 May 2011

ANTARA AYAM SERAMA TERAWAL YANG SAYA PEROLEHI DARI KELANTAN DAN KL PADA TAHUN 2001

Si Salji -Saya membeli ayam ini dr Pasir Mas Kelantan dgn harga rm300. Hanya pernah mendapat saguhati.Ayam ini telah saya jual dgn harga rm350.. Asalkan jangan rugi je..hehehe
Si Boeng-Ayam ini telah saya perolehi dr KL dgn harga rm350 (anak B) pernah mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan.Ayam ini telah di beli oleh peminat serama dari negara Brunei dengan harga rm950.. Ada juga untung sikit untuk beli dedak...

SERAMA IDAMAN ( SANGGANG )

Pada mulanya saya hanya seorang penternak ayam kapan pada tahun 1999..Ayam serama ini yg d beri nama sangang merupakan aym serama yg telah membuat saya menjadi peminat dan penternak ayam serama sabah sejak tahun 2001..Akhirnya saya telah mendapat baka ini dari saudara shim t'ggnu pada tahun 2003..