I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 27 June 2011

BAKA TERBARU 3paku


 Inilah baka baru yang terhasil di reban saya.. Saya memberi nama baka ini 3paku..Antara ciri yang menarik seperti kepala kecil,kaki panjang dan halus,kaki yang berwarna kuning,leher yang pangjang,balung yang halus,bulu yang menarik kerana apa pun bulu di hasilkan mesti terselit dengan warna putih (confrim rinting la) hari ni genaplah umur nya 1bulan 10hari.. Walaupun masi anak A tapi da lonjak,harap2 la sampai ke dewasa..Mempunyai 7ekor adik bradik 3jantan dan 4betina.Tunggu kemunculan baka 3paku yang lain....

Wednesday 22 June 2011

PESTA GATA SIPITANG 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKKAN AYAM SERAMA
SEMPENA PESTA GATA SIPITANG TAHUN 2011

( A ).  Tarikh   :  02 Julai 2011 (Sabtu)
( B ).  Tempat :  Padang Pekan Sipitang.
( C ).  Masa    : ( a ). Pendaftaran jam 8:00 pagi.
                      ( b ). Pertandingan bermula jam 9:00 pagi.

( D ).  Kategori yang dipertandingkan :-

( a ).  Serama Muda
( b ).  Serama Induk
( c ).  Serama A
( d ).  Serama B
( e ).  Serama ATL ( Ayam Tanpa Lawi)

( E ).  Yuran Penyertaan :-
         RM30.00 bagi setiap seekor ayam yang didaftarkan.

( F ).  Hadiah : Ditentukan pihak penganjur

( G ).  Cabutan Tiket Bertuah Disediakan Kepada Para Peserta.
        
( H ).  Pengadil - DITENTUKAN OLEH PENGANJUR.

( I ).  Sebarang pertanyaan sila berhubung terus kepada:-

         ENCIK MADUN MARIF -Pengerusi Penganjur.
           Nombor telefon : 087821418.


 *Datanglah beramai-ramai menjayakan pertandingan ini demi memajukan lagi serama di Sabah...
Sekian.

Wassalam.

Monday 13 June 2011

CHINA DOLL

                                          
 Ini dia china doll...hehehe.. Ayam berdarah Uban ini sebenarnya milik CJ,hanya di pinjamkan untuk disatukan dengan batik sabah..Bertuahnya batik sabah biarpun hanya mendapat tempat ke-7 dalam pertandingan baru baru ni tapi dapat induk dara lagi..Lihat la ayunya China Doll ni...


 Detik indah mereka keluar makan rumput dan kangkung... hehehe Nampak da keserasian mereka harap-harap dapat melahirkan anak yang boleh dibanggakan....Amin....


Saturday 11 June 2011

MAS MUDA AKAN BERAKSI

Terpaksa berpisah dengan gundik gundiknya untuk persiapan pertandingan akan datang..Dalam masa 3 hari ni da mula tunjuk belangnya..

Saturday 4 June 2011

PERJALANAN HIDUP SI BONGKOK

                                                                                


Ini la Si Bongkok milik Cikgu Wan,ayam yg berasal dari reban serama paka.. Ayam berdarah lanun ini telah dipertanggungjawabkan kepada saya untuk dilatih selepas ia kalah dalam pertandingan pada tahun 2009.
Selepas ianya salin bulu Si Bongkok telah menjuarai Serama A dan di nobatkan BOTB Papar2010....




Gambar ini saya ambil selapas pertandingan di Tuaran 2010 dan Si Bongkok telah mendapat naib juara dengan perbezaan 0.05 markah sahaja kepada penyandang juara..Selepas itu saya pun tinggalkan Si Bongkok kepada tuannya..Lihat la bulu nya yang sangat bersinar dan dada nya yang besar seperti syarifah aini..hehehe... Yang kat belakang tu adalah pelakon dulu2 Mr.Os... hahaha














Beberapa minggu kemudian Cikgu Wan menyatakan Si Bongkok telah jatuh sakit,pada mulanya saya ingatkan ia rindu kat saya..hehehe
Rupa-rupanya ia terkena sakit tidak hadam makanan..Selepas beberapa hari di reban saya iapun pulih sedia kala namun penyakitnya berulang 2 minggu kemudian dan tidak dapat saya selamatkan..Tepat jam 4.45 subuh 25/07/2010 (ahad) Si Bongkok telah habis nyawa..Sampai la sekarang lawi Si Bongkok saya simpan sebagai kenangan...

Thursday 2 June 2011

PENYAKIT OH PENYAKIT


                                    


Ini la penyakit yang sering melanda ayam serama saya,ianya menyerang tidak mengira umur ayam,ada yang mengatakan penyakit ini adalah berpunca daripada gigitan nyamuk.. Menurut dari Jabatan Haiwan penyakit ini d beri nama Small Pox..Penyakit ini seperti kudis dan bernanah,jika tidak di ubat boleh melarat keseluruh muka ayam dan bila terkena mata ayam boleh mengakibatkan ayam menjadi buta.











                                                                                                                          
                          
    
      

           Setiap penyakit ada ubatnya,inilah ubat jenis Antibiotik 250mg yang disyorkan oleh seorang rakan penternak ayam laga,menurutnya ubat ini berasal dari negara Filifina.Ubat ini sangat la berkesan dalam masa 3hari saja saya memberi makan ubat ini siang dan malam,kudis yg bernanah ini menjadi kering dan sembuh sepenuhnya...